Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis | Rawatan 5 Bintang Untuk Keluarga | Klinik Panel
Rawatan 5 Bintang Untuk Keluarga

Rawatan Berkualiti,
Kesihatan Terjamin.

Klinik panel pilihan warga Lipis. Menyediakan rawatan komprehensif, selesa dan mesra untuk kanak-kanak, dewasa & warga emas oleh doktor berpengalaman.

9am - 10pm

Buka Setiap Hari

Panel

Syarikat Diterima

Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis - Gambar Depan

Rawatan 5 Bintang

Pilihan Komuniti Lipis

Kemudahan Pembayaran

Klinik Panel Pilihan Anda

Klinik kami merupakan klinik panel bagi pelbagai syarikat korporat, agensi kerajaan dan institusi swasta. Jika anda pemegang panel di bawah, anda boleh dapatkan rawatan di sini.

Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik Panel Klinik

*Selain itu, kami juga menerima pelbagai panel syarikat lain. Rujuk kaunter kami untuk maklumat lanjut.

Mengapa Memilih Kami?

Fasiliti Terbaik, Selesa & Eksklusif

"Saya dah cuba banyak tempat… dan klinik ni tempat yang saya paling yakin dan selamat untuk bawa anak-anak." - Pelanggan Kami.

Tiada Doktor Lokum

Rawatan konsisten & dipercayai dikendalikan oleh doktor tetap berpengalaman yang mengenali sejarah kesihatan anda.

Kad Keluarga

Kemudahan pendaftaran dan rekod perubatan bersepadu untuk seluruh ahli keluarga anda dalam satu rujukan pantas.

Harga Berpatutan

Pakej saringan kesihatan dan caj rawatan yang sangat munasabah untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Lokasi Strategik

Terletak di tengah bandar (Belakang KFC Lipis), mudah diakses, ruang menunggu selesa dan tidak perlu beratur lama.

Kepakaran Kami

Senarai Servis & Rawatan Utama

Pusat sehenti kesihatan anda. Daripada pemeriksaan umum hinggalah rawatan khusus. Anda juga boleh π—ͺπ—”π—Ÿπ—ž-π—œπ—‘ terus ke klinik.

Rawatan Saraf Moden - Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis

Rawatan Saraf Moden

Seawal 3-5 Hari!

Sciatica | Kencing Manis | Tengkuk

Dah cuba urut, ubat, fisio tapi sakit belakang & kaki kebas tak hilang? Rawatan ini bantu pulihkan saraf lemah akibat gula tinggi & himpitan tulang tanpa pembedahan.

  • Kurangkan radang & tekanan saraf
  • Rawat kaki kebas & pijar malam hari
  • πŸ“Œ SLOT TERHAD: 5 Pesakit Sehari!
WhatsApp Sekarang
Cuci Telinga Profesional - Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis

Cuci Telinga Profesional

Promo RM45 (2 Belah)

Tersumbat | Berdengung | Serangga

Telinga tersumbat sampai pendengaran jadi perlahan? Jangan biar tahi telinga terkumpul sampai gegendang pecah atau bernanah.

  • Selamat, cepat & tidak menyakitkan
  • Kembalikan pendengaran yang jelas
  • Sebelah: RM30 | Dua Belah: RM45
WhatsApp Sekarang
Saringan Kesihatan - Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis

Saringan Kesihatan

Bermula RM70

Ujian Darah Lengkap Berkala

Banyak penyakit kronik macam kencing manis & kolesterol tinggi adalah 'silent killer'. Jangan tunggu sakit teruk baru nak check, cegah dari awal!

  • Ujian Fungsi Hati, Buah Pinggang & Gula
  • Ujian Kolesterol & Asid Urik (Gout)
  • Pakej Darah Lengkap: Bermula RM70
WhatsApp Sekarang
Rawatan Minor Buang Bisul - Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis

Minor Surgery (Pembedahan Kecil)

Bermula RM80

Bersih, Selamat & Lega

Jangan biar bengkak makin besar dan nanah semakin banyak. Kami buang dengan cara klinikal yang selamat dan cepat.

  • Keluarkan nanah cara perubatan betul
  • Risiko jangkitan dan sakit berkurang
  • Harga Bergantung Pada Saiz Bisul
WhatsApp Sekarang
Cuci Luka Modern Dressing - Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis

Cuci Luka (Modern Dressing)

Bermula RM15

Luka Kencing Manis & Kemalangan

Takut balutan melekat pada luka masa nak buka? Rawatan Modern Dressing kami memastikan luka lebih bersih, serap nanah, dan sangat kurang pedih.

  • Luka cepat kering & mudah dijaga
  • Tidak melekat pada kulit koyak
  • Boleh Walk-In Pada Bila-bila Masa
WhatsApp Sekarang
Vaksin Typhoid - Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis

Vaksin Typhoid (F&B)

Sijil Segera

Khas Untuk Peniaga Makanan

Perhatian peniaga makanan! Jangan tunggu kena tegur PBT baru nak renew. Dapatkan suntikan Typhoid dengan proses pantas dan sijil siap terus.

  • Diiktiraf sepenuhnya oleh KKM
  • Perlindungan bertahan selama 3 tahun
  • Harga Vaksin: RM79 Sahaja
WhatsApp Sekarang
Ujian Darah Pantas - Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis

Ujian Darah Pantas

Result Β±15 Minit

Full Blood Count (FBC)

Demam dah masuk hari ke-3 tapi masih tak kebah? Jom buat ujian darah pantas supaya doktor dapat kenal pasti punca sebenar dengan lebih jelas.

  • Kesan risiko denggi dengan segera
  • Kenal pasti tahap kuman dalam badan
  • Keputusan Terus Diterangkan Doktor
WhatsApp Sekarang
Pemeriksaan Jantung ECG - Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis

Pemeriksaan Jantung (ECG)

Harga: RM35

Pemeriksaan Ritma Jantung

Sering mengalami dada berdebar-debar atau kerap sakit dada? Kami sedia alatan moden untuk kesan tanda masalah serangan jantung dengan segera.

  • Boleh rujuk ke pakar jika perlu detail
  • Keputusan terus diberikan
WhatsApp Sekarang
Nebulizer Gas Asma - Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis

Nebulizer (Gas Asma)

Bermula RM10

Batuk Berkahak & Sesak Nafas

Alat sedutan yang melegakan gejala bronkitis dan asma dengan pantas. Sangat sesuai buat kanak-kanak dan warga emas yang sukar guna inhaler.

  • Ubat nebulizer disediakan mengikut keperluan pesakit
  • Bantuan pernafasan segera dibilik khas
WhatsApp Sekarang
Vaksinasi Umrah & Influenza - Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis

Vaksinasi Lengkap

Bermula RM70

Umrah & Influenza

Bantu tubuh badan bina antibodi kuat bagi mencegah jangkitan penyakit berbahaya sebelum melancong, bekerja atau melakukan ibadah Umrah.

  • Percuma Buku Vaksinasi Umrah (RM135)
  • Suntikan Influenza sedia ada (RM70)
WhatsApp Sekarang
Dr. Khairi Bin Ismail - Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis
Pakar Perubatan Anda

Dr. Khairi Bin Ismail

Pegawai Perubatan (Umum) 16+ Tahun Pengalaman MMC: 58164

Beliau merupakan lulusan Medical Degree (UKM) yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan melebihi 16 tahun. Dr. Khairi dikenali sebagai doktor yang sangat teliti ketika memeriksa pesakit, peramah, dan cara penyampaian beliau sangat mudah difahami.

Disokong oleh Pembantu Klinik Terlatih:

Bagi memastikan kelancaran operasi dan keselesaan anda, Dr. Khairi dibantu oleh staf sokongan yang dedikasi:
Zaidatul, Syazwani, Shafika & Farisha.

"Mereka sentiasa bersedia membantu dari urusan pendaftaran, pengambilan ubat sehinggalah membantu doktor dalam bilik prosedur."

Tempah Sesi Konsultasi

Dipercayai Oleh Komuniti Lipis

Lihat ulasan jujur daripada 30+ pelanggan yang telah menerima rawatan 5 bintang di Klinik Ad-Dhuha di Google Reviews.

"Tempat menunggu selesa, klinik bersih dan tak perlu beratur lama. Boleh guna panel syarikat. Service dari awal sampai akhir memang terbaik."

P

Pesakit Panel

Kuala Lipis

"Doktor sangat teliti masa check anak saya, tanya satu persatu. Ubat pun serasi dengan anak-anak. Tempat paling yakin bawa keluarga."

I

Ibu Bapa

Pesakit Walk-in

"Rushing klinik sebab binatang masuk telinga.. doktor flush dulu, rupanya semut! Nasib baik cepat dan tak sakit. Harga pun okey sangat."

P

Pesakit Rawatan ENT

Google Review

Soalan Lazim (FAQ)

Pencerahan tentang prosedur rawatan bernilai tinggi, operasi klinik dan persoalan yang sering ditanya.

1. Adakah saya perlu tempah slot sebelum datang untuk Rawatan Saraf?
Ya, temujanji awal amat digalakkan kerana slot rawatan saraf kami sangat terhad kepada 5 orang pesakit sahaja setiap hari. Namun, kami juga menerima pesakit 'walk-in' bergantung kepada kekosongan jadual doktor.
2. Saya pesakit kencing manis dan kaki selalu kebas/pijar. Sesuai ke buat rawatan saraf ni?
Sangat sesuai! Rawatan moden ini direka khas untuk membantu pesakit Diabetic Neuropathy. Ia membantu memulihkan semula tisu saraf yang lemah atau rosak akibat kandungan gula tinggi, sekaligus melancarkan aliran darah ke hujung kaki.
3. Adakah prosedur suntikan saraf ini menyakitkan?
Tidak. Prosedur klinikal ini dilakukan dengan sangat teliti oleh doktor kami yang berpengalaman melebihi 16 tahun. Keselesaan dan keselamatan anda adalah keutamaan nombor satu kami.
4. Berapa lama saya boleh nampak kesan positif lepas buat rawatan saraf?
Berdasarkan maklum balas 9/10 pesakit kami, mereka melaporkan pengurangan yang ketara pada rasa kebas, mencucuk, dan tegang seawal 3 ke 5 hari pertama selepas mendapatkan rawatan.
5. Telinga saya rasa tersumbat dan berdengung. Bahaya ke kalau dibiarkan?
Ya, sangat bahaya. Tahi telinga (earwax) yang terkumpul padat bukan sahaja mengganggu pendengaran (seperti bunyi perlahan), malah ia boleh menyebabkan jangkitan kuman berbau, bernanah, atau menyebabkan gegendang pecah jika dikorek secara paksa. Dapatkan rawatan Cuci Telinga (Ear Syringing) kami untuk keselamatan.
6. Klinik Ad-Dhuha terima pesakit dari panel syarikat mana?
Kami adalah klinik berdaftar dengan pelbagai penyedia TPA seperti PMCARE, Health Connect, FOMEMA, MARA, FELCRA, MUIP, Red Alert, Makmur Medik, e-Mas, dan berpuluh panel syarikat yang lain. Hubungi kami untuk semakan status panel anda.
7. Berapa lama saya perlu tunggu untuk dapat result Ujian Darah?
Untuk ujian darah pantas (Full Blood Count) seperti mengesan punca demam atau denggi, keputusan boleh diperolehi dengan sangat cepat, dalam masa sekitar Β±15 minit sahaja. Doktor akan terus menerangkan keputusan kepada anda.
8. Boleh saya datang walk-in untuk Cuci Luka (Modern Dressing) setiap hari?
Boleh. Anda tidak perlu appointment untuk mencuci luka. Teknik Modern Dressing kami sangat sesuai untuk pesakit kencing manis kerana ia kurang pedih, tidak mudah melekat pada kulit koyak, dan bantu luka lebih cepat sembuh.
9. Adakah klinik sedia suntikan Typhoid untuk pekerja kedai makan secara segera?
Ya, kami sedia menawarkan suntikan / Vaksin Typhoid pada kadar harga RM79. Proses yang pantas dan sijil pengesahan KKM anda akan disiapkan pada hari yang sama.
10. Pukul berapa klinik buka? Ada tutup hari Cuti Am tak?
Klinik Ad-Dhuha beroperasi pada setiap hari (Isnin - Ahad) dari pukul 9:00 Pagi hingga 10:00 Malam tanpa henti. Walk-in sahaja pada bila-bila masa (Untuk cuti-cuti umum terbesar, rujuk pengumuman di Facebook / Instagram kami).

Lokasi & Hubungi Kami

Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis – Klinik panel pilihan warga Lipis. Lokasi strategik di Pusat Perniagaan Bukit Residen, belakang KFC Kuala Lipis. Mudah diakses untuk rawatan keluarga, walk-in dan pesakit panel. Datang terus atau hubungi kami.

Alamat Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis

No. 27, Tingkat Bawah, Jalan PPBR 3/4,
Pusat Perniagaan Bukit Residen,
27200 Kuala Lipis, Pahang.

Lokasi popular: Belakang KFC Kuala Lipis β€’ Sebaris Baker Cottage β€’ Sebelah Baby Zone β€’ Berhampiran pusat bandar Kuala Lipis

Klinik berdekatan KFC Lipis β€’ Klinik panel Kuala Lipis β€’ Rawatan Lipis Pahang

Waktu Operasi

Isnin - Ahad (Buka Setiap Hari)
9:00 Pagi - 10:00 Malam

Hubungi Kami

Talian Pejabat: 09-312 4377

WhatsApp: 011-5974 7075

Email: klinikaddhuhalipis@gmail.com

Cari "Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis" di Waze atau Google Maps untuk arah tepat

Logo Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis
Klinik Ad-Dhuha KUALA LIPIS

Rawatan 5 bintang untuk keluarga. Klinik panel pilihan warga Lipis.

SSM: 202501017877 (1619291-T)

RAWATAN PILIHAN

  • β€Ί Rawatan Saraf Moden (Sciatica & Kebas)
  • β€Ί Cuci Telinga Profesional (Ear Irrigation)
  • β€Ί Saringan Kesihatan & Ujian Darah
  • β€Ί Cuci Luka Modern Dressing
  • β€Ί Vaksin Typhoid (F&B) + Sijil
  • β€Ί Pemeriksaan Jantung (ECG)
  • β€Ί Nebulizer & Rawatan Asma

HUBUNGI KAMI

WAKTU OPERASI

Buka Setiap Hari

Isnin - Ahad (Termasuk Cuti Umum)

9:00 Pagi - 10:00 Malam

Walk-in diterima β€’ Tiada janji temu diperlukan untuk kebanyakan servis

© Klinik Ad-Dhuha Kuala Lipis. Hak Cipta Terpelihara.